Friday, January 27, 2012

0wHhh!!!! p0pcake yaNg seDAppp!!


wahhh sedapp nye p0pcake!! firsttime makan wk2 13 dis 2011... wk2 2 M0JA n RAI bawak,,
sedap gile!! pas2 semalam bkk MUKABUKU,,pastu nmpk bnde 2,,hehehe pe lg aku p0n search la psl 2.,,,
n then aku terjmpe la gmbr2 yg mnarik nie,,, j0m tg0k,,
hehehe mne taw stu ari nnt aku leh bkak kdai yg jual bnde2 c0mel ni..heheheh



mmg c0mel bdak 2,,hahaha


makcik2 msti suke,,hehehe


menarik kn,,aku rse mcm x sggp nk mkn


dh mcm mainan,,hahaha


aku mnt yg mke org 2


bg budak2..msti dme ske


sgt c0mel..aku ske c0rak nie


eceehhh,,hahaha diet tp mkn cake,,hahaha


musim salji msti sdap nk mkn,,hahaha



c0mel s0tong 2,,hahaha


dah mcm nk buat z0o..gajah 2 sweet,,hehehe


aku nk jual yg nie lahh,,hehehe





Wednesday, January 25, 2012

sup tulang

Sekadar renungan... juga peringatan buat diri kita semua yang sering terlepas pandang
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi
dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik?"

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:

Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah
seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh
tahan sampai satu minggu?

Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

l0ve and marriage

A student ask a teacher, "what is love ?" The teacher said, "in order
to answer your question,
go to the padi field and choose the biggest padi and come back.
But the rule is: you can go throught them only once and cannot turn
back to pick."The student went to the field, go thru first row, he saw one big
padi, but he wonders....may be there is a bigger one later. Then he saw
another bigger one... but may be there is a even bigger one waiting for
him.
Later, when he finished more than half of the padi field, he start to
realise that the padi is not as big as the previous one he saw, heknow
he has missed the biggest one,
and he regretted !!!! So, he ended up went back to the teacher with
empty hand.

The teacher told him, "...this is love... you keep looking for a better
one, but when later you realise, you
have already miss the person...."
" What is marriage then ?" the student asked.
The teacher said, "in order to answer your question, go to the corn
field and choose the biggest corn and come back.
But the rule is: you can go throught them only once and cannot turn
back to pick.
" The student went to the corn field, this time he is careful not to
repeat the previous mistake, when he reach the middle of the field, he
has picked one medium corn that he feel satisfy, and come back to the
teacher.
The teacher told him, "this time you bring back a corn....
you look for one that is just nice, and you have faith and believe this
is the best one you get.... this is marriage ."haa tu dia.. cikgu tu dah terangkan apa makna cinta dan apa makna perkahwinan.. make sense gak le aper cikgu tu kata kat anak murid dia tu.. kengkadang masa blom kawin.. ada orang punye le memilih.. letak kriteria yang bukan2.. tapi last2 yang dia dapat langsung takde dalam kriteria yang telah ditetapkan.. hermmmmm aku pun macam tu gak.. tetapkan kriteria, macam bagus je.. but think about it.. kalau kita boleh letak kriteria (or requirement lah) orang lain pun sama lah jugak.. dorang pon ada kriteria gak nak carik calon .. so, agak2 je le nak letakkan kriteria tu, bukan tak boleh.. tapi zaman sekarang nie susah nak cari as what we expected..


professor vs pendayung sampan

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.


Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.


Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan.""OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. 


Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan."Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu."Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas."Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".


"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala."Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.


 Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala."Kalau macam ini, kamu dah kehilang 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Morale of the Story:Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi

renungan untuk semua suami isteri

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.


Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"


Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.


Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...


'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya.Namun, saya masih terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."


"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."


"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu." "Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."


"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.""Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang." "Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti." "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."


Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.


"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."


Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)


Sunday, January 15, 2012


sedikit kisah tentang semut & manusia...


~aku makan separuh sahaja~


Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika, Nmbi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut.
"Berapakah rezeki  kamu dalam setahun?"
Semut menjawab:"Sebutir sebiji gandum."


Maka Nabi Sulaiman a.s pun mengambil semut itu dan diletakkan didalam botol bersama sebutir biji gandum. Nabi Sulaiman a.s  menutup botol tersebut dan meninggalkannya di suatu tempat.


Genap setahun Nabi Sulaiman a.s membuka botol tersebut dan terkejut apabila melihat semut itu hanya memakan separuh sahaja biji gandum itu.


Nabi Sulaiman a.s pun bertanya,"mengapa engkau makan separuh sahaja biji gandum ini?Kenapa tidak habiskan semua?"


Semut pun menjawab,"Kerana tawakal ku selalu kepada Allah, maka aku memakan sebutir biji gandum."Aku amat yakin kepada Allah. Dan Allah tidak pernah lupakanku. Tetapi sekarang tawakalku kepadamu, maka aku makan separuh sahaja.
Aku berkata dalam hati, jika Nabi Sulaiman a.s melupakan aku tahun ini, aku boleh makan separuh lagi pada tahun berikutnya."


semut adalah ciptaan Allah yang turut diceritakan dalam satu surah di dalam Al-Quran; surah Al-Namhl


semut bertahan sejak 6 juta tahun yang lampau.
kita tahu, umur semut ialah sehingga 60 hari, kecuali ratunya yang boleh hidup selama 20 tahun.
ada 3 kasta dalam golongan semut, ratu, semut jantan, semut pekerja & semut tentera.


di dalam surah Al-Namhl; ada banyak kisah para Nabi & ummat mereka, kisah Nabi Allah Sulaiman, Nabi Allah Dawud, Nabi Allah Luth, Nabi Allah Saleh.... dan kisah semut dalam surah ini ialah;


pada ayat ke 18: "Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, 'wahai semut-semut! masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari'.....


pada ayat seterusnya 19: Maka dia (sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. dan dia berdoa, "Ya Tuhanku, anugerahlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhoi; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh"..


2 ayat dari surah al-namhl yang mempunyai banyak petunjuk & ilmu buat kita manusia.


lihat bagaimana dalam kehidupan betapa kita masih lagi 'selfish' atau pentingkan diri sendiri serta tidak peka kepada persekitaran sedang kita hidup menumpang di dalam dunia yang punya banyak ciptaan-ciptaan Allah di sekitar kita, samada kita sedari atau tidak.


lihat pada ayat 19 yang menunjukkan satu contoh baik doa orang-orang yang terpilih dan doa tersebut boleh kita jadikan panduan dalam kita berdoa memohon kepada Allah akan 'petunjuk', 'pimpinan', 'ilham' untuk kita terus duduk di dalam mensyukuri nikmat Allah.


Juga doa kesyukuran atas anugerah pada diri kita seta buat ibubapa dan keturunan-keturunan kita dan terus meminta agar diri kita terus berbuat kebajikan yang Allah redhoi.


dan akhirnya, Rahmat Allah lah penentu ke mana hala tuju kita. Lihat bagaimana seorang nabi yang telah punya banyak kelebihan & mukjizat, masih terus memohon, meminta dan setiap keadaan dan ketika.




adakah kita juga sedang berusaha untuk memperbaiki diri kita yang sering hanyut dengan sifat riak, sombong serta taqbur? maka teruslah melakukan taubat dan memanjat doa serta melaksanakan 'amal maaruf nahi mungkar dalam kehidupan kita'...kerana kita sendiri amat memerlukan rahmat Allah setiap detik setiap masa lantaran ceteknya pengetahuan kita tentang bila akan terangkat nyawa kita...
Si kecil zaman sekarang,


Mesti rasa pelik kenapa dalam ni ada baby macam dia.



Menggunakan ke jalan yang betul.
 
Huish umur berapa ni dik.



Tengok kartun!
 
Ipad menggantikan bedtime story book.



Dari kecik terdedah dengan radiation macam ni, memanglah dah besar pakai spek tebal.hee.

Tergelak si kecil ni.



Baby down syndrome.

 Apple untuk dimakan!


hehe, tapi kalau digunakan ke arah kebaikkan ia boleh menjana minda si kecil. Asalkan tak diajar menggunakan ke jalan yang salah. Penuhkan aplikasi yang boleh meningkatkan intelek si kecil. hehe, contoh macam adik Bridger ni, birthday dia yang ke-2, ayah dah bagi iPad sebijik. NICE!

Bijak betul budak kecik ni, esh geram!! Suara dia pun comel je.

Lepas ni, Apple boleh ambil Bridger jadi icon Apple ek? =P

http://www.youtube.com/watch?v=MGMsT4qNA-c&feature=player_embedded